Pecahan penggunaan Wikipedia:Tajuk_rencana_(gunakan_bahasa_Melayu)

Kadang kala terdapat pecahan penggunaan istilah bahasa Melayu. Sekiranya ini berlaku rujuk kepada laman DBP. Walau yang manapun dipilih, tajuk yang satu patut diletakkan lencongan kepada tajuk satu lagi dan kedua bentuk disebut dalam awalan rencana.

Apabila cuba menentukan antara dua istilah yang samar dan tidak mempunyai rujukan yang boleh diharap, carian di enjin gelintar walaupun bukanlah satu bentuk ujian yang boleh diharapkan, boleh digunakan bagi sebagai sokongan memilih antara kedua istilah. Sekiranya kedua istilah memiliki jumlah carian hampir seimbang kemungkinan berlaku pecahan penggunaan istilah. Sekiranya keliru, carian sumber berkelayakan perlu diberikan lebih pandangan berbanding carian kurang boleh diharapkan (sperti komen dalam forum, daftar persuratan dan sebagainya). Sila rujuk karya rujukan umum berbahasa Melayu yang dipercayai.

Wikipedia bukannya bola nujum. Bukan matlamat wikipedia menujum istilah yang akan digunakan, tetapi adalah bagi melihat apa yang sedang dan telah digunakan, dan dengan itu menjelaskan lagi kepada pembaca kita.

Jika penggunaan terbahagi dan panduan lain tidak jelas, tinggalkan nama rencana dalam versi stabil. Sekiranya kurang jelas nama rencana telah stabil, gunakan nama yang digunakan penyumbang utama kepada rencana selepas rencana tidak lagi menjadi rencana putung (stub).[1]